Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokkan paras dapat mneyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana hanya dengan senyumman yang dapat membuatkan hari-hari yang gelap menjadi cerah Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam iman walau hari di penuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah SWT walai DIA tak kelihatan... Bukti kasihNYA, kita wujud di dunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambanya yang mngakui keimanan kepdaNYA. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tidak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabadian yang hakiki lagi abadi. Moga lelahmu di hargai Ilahi walau di cemuh insani :) Jangan bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan, jangan bersedih... Redha dengan anugerah Allah, membuat kita kaya di dunia, Jangan bersedih... Allah maha pengampun lagi maha penerima taubat, serta rahmatnya yang maha luas, Jangan bersedih... semata-mata di sebabkan kita berbeza dengan orang lain, kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri, Jangan bersedih... bila di sakiti, di cela, di rendahkan atau di zalimi, kerana setiap yang berlaku adalah dugaan dari yang Maha Esa, Jangan bersedih... sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan, Jangan bersedih... kerana kesedihan kita akan membuat musuh kita gembira, Jangan bersedih... atas perilaku manusia terhadapmu, tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah alfaqir masrullah Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkanmasamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik Allah uji sebab Dia tahu kita mampu, Allah amat sayang hambanNYA, moga Allah bagi kekuatan kepada kita. Ujian untuk menaikkan darjat hamba di sisiNYA. Allahumma AAmiin Ya Rabb. InsyaAllah biiznillah, tiap satunya ada hikmah... cuma mungkin tidak di tunjukkan apa hikmahnya sekarang... Hatimu akan merasa manisnya takdir tuhan jika engkau mencintaiNYA, jika engkau mngenaliNYA. Semakin tinggi pula darjatmu dan semakin terasa agung ketentuanNYA bagimu... DIA sesungguhnya lebih mencintaimudaripada dirimu sendiri, kerana itulah di katakan orang yang paling mencintai Allah adalah orang yang paling mengenaliNYA - Iman Al-Hakin Al-Tarmizi Telah berlalu bersama kebahagiaan dan kesenangan kerana terlalu singkat tahun-tahun itu seperti kiraan hati... kemudian datang hari-hari yang susah... seolah-olah hari-hari itu tahun yang lana kerana panjang... kemudian masa itu lenyap bersama dengan manusia... masa itu dan manusia itu tidak ubah seperti mimpi... imtiyaz-imtiyaz yang dituju moga di kecapi... Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita tidak tahu akan makna dan maksudnya. Ungkapan cinta ILAHI bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri. Cinta ILAHI bukan inspirasi untuk mengungkapkan bait-bait syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi. Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyyah itu insan yang tersendiri. Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara Realiti...

Thanks for reading.leave your comment

0 comments:

Post a Comment

THANK FOR READING
LEAVE YOUR COMMENT