Kehidupan di Tarim... lapang dan lega sekali...





Di Tarim... tidak lagi fikiran di sibukkan dengan hal pakaian yang bermacam-macam kerana di sini semua berpakaian serba hitam dari kepala hingga kaki.

Di Tarim... tidak lagi kisahkan hal bagaimana nak mencantikkan wajah dengan barangan kosmatik agar kelihatan elok di pandang orang kerana semuanya telah di simpan rapi melainkan hanya berhias cantik di hadapan suami semata-mata.

Di Tarim... tidak lagi berfikir-fikir dengan aneka makanan dan tempat makan yang hendak di tuju kerana di sini tiada tempat makan yang berbagai-bagai... makan apa yang ada sahaja.

Di Tarim... tidak lagi di sibukkan dengan urusan hendak melancong berseronok sana sini... atau ada istilah "CUCI MATA"ke shopping complex mana-mana kerana di sini tiada tempat hiburan duniawi yang selesa begitu...
tempat yang dikunjungi adalah maqam-maqam dan majlis-majlis ilmu bersama ULAMA sahaja menjadi keseronokkan hati dan jiwa

Di Tarim... tiada permandangan mata yang mendatangkan maksiat kerana semua wanita berhijab hitam

Di Tarim... tiada kedengaran bising bunyian maksiat seperti lagu-lagu lalai melainkan alunan bacaan Al-Quran , zikir dan pujian qasidah burdah terhadap NABI Sallallahu A'laihi wasallam.

Di Tarim... suasana tenang nyaman di sebalik bukit bukau yang tinggi...
sunyi dan tiada kesibukkan duniawi yang kelihatan melainkan semuanya sibuk dengan urusan ukhrawi masing-masing

Di Tarim... nikmat hati apabila semakin mengejar ilmu walaupun sedikitterasa bahagia sekali sekalipun tiada harta yang banyak. Semakin berusaha beramal soleh semakin mahu beramal lagi dan lagi sekalipun tiada sebarang pangkat yang di miliki...
cukuplah rasa dengan apa yang ada dan syukur...

Syukur atas pilihan dan taqdir ALLAH yang MAHA INDAH...




Tarim kota sejuta wali
Posted by Permata Walidain on Sunday, 26 April 2015

Thanks for reading.leave your comment

0 comments:

Post a Comment

THANK FOR READING
LEAVE YOUR COMMENT