Memperbanyakkan selawat keatas Rasulullah SAW dapat menyemarakkan kecintaaan dan kerinduan kita terhadap Rasulullah SAW dan sebagai satu jalan untuk meraih keredhan Allah SWT. Pada kali ini kita akan membincangkan salah satu dari galaksi selawat yang mempunyai kesan dan impak yang besar kepada rohani iaitu SELAWAT AL-FATIH. Berikut adalah teks selawat al-Fatih
Selawat ini disusun oleh al-'Arif al-Kabir Sayyid Muhammad al -Bakri, salah seorang dari keturunan Rasulullah SAW. Selawat al-Fatih adalah salah satu ciri khas dari Tarekat Tijani. Diantara keistimewaan selawat Fatih ialah lafaznya yang tidak menyimpang dari ayat atau kandungan Alquran,tetapi harus diingat bahawa Selawat al-Fatih bukan sebahagian dari ayat Alquran. Syeikh Ahmad Tijani ra. belum pernah memberi suatu pernyataan sedikitpun bahawa Selawat al-Fatih itu sebahagian dari ayat Al-Quran, kitabullah, hadis qudsi atau wahyu kenabian. Cuma dinyatakan konteksnya adalah tidak lari dari kandungan ajaran al-Quran dan Hadis. Beliau juga belum pernah menyatakan Selawat al-Fatih lebih utama dari Al-Quran atau mengimbanginya. Tidak ada satu kalam pun yang melebihi Alquran, begitulah yang ditegaskan oleh Syeikh Ahmad Tijani. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW ada yang menggunakan wasallam /wasallim dan ada yang tidak menggunakan wassallam atau wassallim. Ketika Syeikh Ahmad bin Muhammad ditanya: Mengapa Selawat al-Fatih tidak ada wasallim-nya ? Beliau menjawab:"Haakazaa minal ghaaib" (demikianlah dari al-ghaib). Lama sekali Al-Qutb Asy-Syeikh Muhammad bin Abil Hasan Al-Bakri As-Siddiq beribadah, munajat dan mohon kepada Allah SWT agar diberi selawat yang pahala-pahala, sirr-sirr, faidah-faidah dan keistimewaan semua selawat masuk di dalamnya. Kemudian malaikat datang membawa kain bertuliskan Selawat al-Fatih dengan tulisan cahaya, sebab itu diberi nama Selawat Al-Bakriyah sebagaimana juga diberi nama Al- Yaaqutatul Faridah- permata Yaqut yang tidak ada duanya,tetapi kemudian terkenal dengan Selawat al-Fatih. Setelah 16 tahun (1180-1196 H) dalam usia 46 tahun Al-Qutbul Maktum Asy- Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syarif Al-Hasani At-Tijani ra. berjumpa Sayyidul Wujud SAW dalam keadaan jaga tidak dalam tidur/mimpi dan diberi ijazah Selawat Al-Fatih dan diberi penjelasan tentang pahalanya, sirr-nya,faedahnya dan keistimewaannya juga tingkatan memberi ijazah pada orang lain. Bermimpi Rasulullah dengan Selawat Al- Fatih Bermimpi melihat Rasulullah adalah haq, di dalam Hadits dijelaskan: “Barangsiapa yang melihatku dalam mimpi, dia benar-benar melihatku. Karena syaitan tidak mampu meniru rupa diriku. ” (HR.Bukhari dan Muslim) Dalam hadis lain yang artinya:“Barangsiapa melihatku dalam mimpi maka dia benar benar telah melihatku. “ Imam Nawawi berkata: "Melihat Rasulullah adalah salah satu kegembiraan yang luhur dan berita gembira yang agung. Allah mengkhususkan hal itu bagi orang-orang yang dicintaiNya. Melihat Rasulullah SAW adalah hak yang umum bagi setiap orang mukmin dan muslim, baik saleh ataupun tidak saleh, namun bentuknya berbeza-beza sesuai dengan perbezaan sumber yang keluar dari hati mereka, kebersihan, dan kesediaan mental mereka." Salah satu cara berjumpa Rasulullah dalam mimpi yaitu dengan membaca Selawat Al-Fatih yang terdapat didalam kitab Maghnatisul Qabul Fil Wushul Ila Ru'yati Sayyidina Rasul karya Syaikh Hasan Muhammad Syiad Ba'Umar . Diriwayatkan: · Barangsiapa membacanya sebanyak 1000 kali pada malam Khamis atau malam Jumaat atau malam Isnin maka orang itu akan berkumpul bersama Nabi. · Pembacaan selawat tersebut dilaksanakan selepas solat sunnah empat rakaat,berniat solat hajat dengan 2 salam. Pada rakaat pertama setelah surat Al-Fatihah membaca surat Al-Qodr tiga kali · Pada rakaat kedua surat Al-Zalzalah tiga kali · Pada rakaat ketiga surat Al-Kafirun tiga kali dan · Pada rakaat keempat membaca surat Al- Mu’awwizatain (Al-Falaq dan An-Nas) tiga kali Pada saat membacanya bakarkanlah kayu gaharu Hal yang penting dalam melakukan riyadhah ini seperti yang dicontohkan oleh ulama- ulama terdahulu adalah dengan menumbuhkan kecintaan yang dalam terhadap Rasulullah. Dengan kecintaan ini akan membuat hubungan kerohanian yang dekat dan tersambung dengan setiap lafaz selawat atau maulid yang kita baca dalam memuji dan mengagungkan Rasulullah. Sumber · Al-Fathur Robbany karya as-Sayyid Muhammad bin Abdillah asy-Syafi`i ath- Thoshfaawy at-Tijany hal 99-100) Thariqat Tijaniyah Mengemban Amanat Rahmatan lil Alamin , KH A.Fauzan Adhiman Fathullah, Yayasan Al-Anshari, 2007. al-Yaqutah al-Faridah, Ibnu abil Wahid al-Nazifi.
Thanks for reading.leave your comment

0 comments:

Post a Comment

THANK FOR READING
LEAVE YOUR COMMENT