Gantungan lampu bewarna warni bagaikan petanda kedatangan ramadhan... kemeriahan dan semangat rasa nak sambut ramadhan dan terawih di masjid ...


Mungkin tahun terakhir aku menyambut Ramadhan di bumi 1000 menara....


     


Thanks for reading.leave your comment





Salam ramadhan kareem
Terpanggil utk berkongsi tentang pesta ibadah di bumi auliya Tarim, Yaman.
Antara amalan yg kte rasa perlu utk dkongsi bersama:
✅ Ramadhan di sana ibarat raya. Meriah dengan ibadah. Semua berebut utk saf pertama bg banat Dar Zahra'. Tidak solat jemaah ibarat satu keaiban. Solat di awal waktu mjadi kewajipan. Al-quran, Wirid dan amalan2 sunat mnjadi rutin harian.
✅ Kurangkan tidur malam di bulan mulia ini, mereka mghidupkan malam slps terawih dengan al-quran, zikir serta pembacaan kitab. Tidur yg diamalkan pd bulan ni adalah selepas wirid pagi beserta kelas tafsir dan diikuti solat dhuha. Kemudian baru pulang ke kamar masing2 utk tidur. Boleh dikatakan waktu ini sunyi sbb semua menggunakan masa utk tidur agar dpt berjaga malam.
✅Solat Sunat Tasbih 4 rakaat(2+2) setelah solat sunat ba'diah maghrib. Dikatakan ganjaranny adalah Qasr fil jannah.
✅Bersiwak antara sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Banyak kelebihan brsiwak. Diamalkan stiap kali memulakan suatu amal. Baca quran solat dan sebagainya.
✅Qodho' solat fardu. Setiap kali lepas solat fardhu, akan bangaun utk terus menunaikan solat qodho'. Kiranya 2 kali solat stiap kali solat fardhu. Bagi memenuhkn lopong2 solat2 kita yg bkmungkinan ada yg tak diterima ataupn tak sempurna n sbagainya. Dan setiap amalan fardhu dgandakan ganjaranny 70x pd bulan mulia ini. Ya Robb!
✅Menghadirkan hati dgn Allahu Robbul 'alamin dalam setiap amalan n pekerjaan. Cnth: Ambil wudu' dhadirkan hati serta stiap anggota ada niatnya. Diakhiri dgn doa setelah berwuduk. Serta surah al-qadr sebanyak 3 kali. Dan digalakkan agar tidak
bercakap selepas brwuduk dan terus solat sunat wuduk 2 rakaat. Dikatakan kisah ahli tasawuf yg mengibaratkan prbualan tntg duniawi yg melaghokan akan mmbatalkan wudu'. Makany diambil smula wuduk. Itu pandangan mereka yg mementingkan kekhusyukan dlm stiap amal.
✅ Mengambil berat tntg khidmat. Menyusun kasut, menyediakan juadah utk yg berbuka puasa membersihkan musolla dan sebagainy.
✅ Mementingkan adab serta menjaga hati (husnu zhon) dlm setiap perkara.
✅ Mementingkan, Memperbanyakkan serta memperbesarkan niat dlm setiap majlis ilmu.
✅ Sentiasa menganggap orang lain lebih baik daripada kita. Akan ada sesi bersalaman setiap lepas subuh dan asar. Pada akhir daurah Ramadhon, salah seorg pserta muallaf, mengatakan itu adalah sesi yg paling disukai, bila saling bersalaman, saling bermaafan. Dan dalam hati dia akan berkata, "you're better than me". Ya Robb!
✅ Menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam dalam segala hal. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
✅ Di sana .. Antara ayat yg diulang2 ktika bulan mulia ini
نشهد ألا إله إلا الله نستغفر الله نسألك الجنة ونعوذبك من النار. ...اللهم إنك عفو تحب العفو عنا. ..يا كريم...
✅ Selepas Ramadhan terus sambung puasa 6 pd 2 Syawal. Raya yg sebenar bagi mereka adalah setelah habis puasa 6. Ya Robb! Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Syukru LILLAH 'ala kullu hazihinni'am. Semoga memberi manfaat bersama. Istiqomahlah hatta sekecil perkara. Boleh jadi amal kecil itu tinggi darjatny di sisi Allah. Boleh jadi juga amal yg besar tu kurang darjatny di sisiNYA. ALLAHU'ALAM. Moga Ramadhan kali ni lebih baik drpd sebelumnya. In shaa Allah. Sama2 saling mendoakan.
رمضان كريم
"اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك."
Ini antara doa Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam nasihatkn utk baca setiap kali lepas solat. Antara usaha kita utk istiqomah dlm beribadat! Fastabiqul khoirat... moga kebahagiaan dunia akhirat milik kte smua. Moga Allah mengampuni dosa2 kte dan menerima amalan kte. In shaa Allah. Maaf atas silap dan salah. Shukran ala kulli hal.

Thanks for reading.leave your comment





"ustaz, Wahhabi tu apa? Mohon pencerahan..."
Ok, disebabkan saya malas dah nak jawab secara skema (sebab dah dijawab dalam post yang lepas secara skema dan saksama), kali ni saya nak jawab cara sketsa...
Al-kisah disebutkan bahawa Pak Mat mempunyai dua orang anak yang taat pada bapanya. Seorang nama Wahhab, seorang lagi nama Syafi'e.
Mereka berdua selalu berlumba-lumba untuk penuhi apa sahaja kemahuan ayah kesayangan mereka.
Pada suatu hari....
Pak Mat (PM): Uhuk! uhuk! (batuk), sape-sape tolong ambil air untuk ayah kejap... (kata beliau kepada dua orang anaknya).
Wahhab dan Syafi'e pun berlari-lari untuk mendapatkan air. Tetapi yang anehnya, Wahhab berlari ke tandas manakala Syafi'e berlari ke dapur.
Tak lama lepas tu, masing-masing menghadap ayah mereka. Di tangan Wahhab ada sebaldi air dari tandas dan di tangan Syafi'e ada secawan air tapisan mesin Korea dari dapur.
PM: Eh Wahhab, kenapa kau bawa air sebaldi ni??
Wahhab (W): Kan ayah cakap "bawakan air", jadi berdasarkan teks ungkapan ayah, air mesti dibawa kepada ayah. Saya bawalah air ni. Saya telah menunaikan tanggungjawab saya.
PM: Tapi ayah mintak air untuk minum la....bawak secawan sudah la... (muka sedih)...
W: Apa dalil dari teks arahan ayah yang menunjukkan ayah nak air untuk minum? Dalil mana, dalil? Ayah cakap nak air je, tak cakap pun nak minum ke, nak secawan ke? Kalau tak ada dalil, ianya jadi bidaah dan perlu ditolak."sesungguhnya setiap yang baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu akan ke neraka...."
PM: *kelepek!* (tampar dahi sendiri)..adoi la... wahhabi punya anak...!
W: Apa salah saya? Hanya kerana saya ingin kembali kepada teks asal ayah yang sahih, saya dituduh Wahhabi? (sedih sambil berselfie) *kechak!*
(pastu update status dalam fb: "sesungguhnya dakwah salafiyyah ini penuh rintangan, sungguh memedihkan apabila ayah sendiri merupakan ahli bidaah, ‪#‎pray4PakMat‬ ").
PM: Haa, kamu Syafi'e, tahu pulak ayah nak air secawan? Ayah tak cakap pun nak air secawan untuk minum?
Syafi'e: Oh.. itu mudah saja ayah. Sebelum saya memahami apa-apa arahan daripada ayah melalui "teks-teks/ayat-ayat perintah" yang keluar daripada mulut ayah, saya akan melihat seluruh keadaan dan dalil-dalil lain.
Saya lihat ayah terbatuk, batuk itu sering diqiyaskan dengan sakit tekak atau tekak berkahak, jadi secara dalil umum, dapat diketahui orang yang batuk minta air itu pasti untuk diminum.
Kemudian saya lihat pula keadaan ayah yang sedang bersandar di kerusi, tak mungkin ayah nak basuh kereta, maka fahamlah saya bahawa kehendak sebenar daripada "arahan ayah" tadi ialah bawakn air secawan untuk diminum.
Jadi selepas saya meneliti semua dalil yang ada, sababul wurudnya (sebab-sebab arahan tu dikeluarkan),kaedah nahunya dan semua sisi, lalu saya berijtihad dengan segala kemampuan yang ada tanpa hanya bergantung kepada makna zahir teks yang asal, maka keputusan akhir saya dalam memahami perintah ayah itu ialah ayah perlukan secawan air.
PM: Haaaaaa.... macam ni lah kehendak ayah yang sebenar.... memang terbaiklah...! ayah doakan kamu dikekalkan kefahaman agama seperti ini dan yang mengikutimu sehingga kiamat.

Thanks for reading.leave your comment


Alhamdulillah selesai sudah imtihan semester kedua sesi 2014/2015... Faiza ázamta fatawakkal álaa Allah... semoga menatijahkan kejayaan yang cemerkang..Allahumma Aamiin Ya Allah Ya Rabbal álaamiin




Thanks for reading.leave your comment


Bila nafsu mulai menguasai diri untuk berbuat perkara yang buruk atau haram sentuhlah dada dan sebut
"INNI AKHAFULLAH"
(Sesungguhnya aku takut Allah)
"Janganlah kita Menyeksa Malaikat Kiri melakukan kerja tanpa Henti sedangkan Malaikat Kanan menganggur tak ada Kerja" ~Ustaz Azhar Idrus~

Thanks for reading.leave your comment


Antara maksud utama jemaah masturat dibentuk adalah untuk mengembalikan semula kemuliaan seorang wanita ditempat yang sebenar dan selayaknya. Apabila wanita kembali kepada tempat kemuliaanya yang sebenar, kesannya hidayat akan tersebar dengan cepat dan agama akan berkembang dengan begitu pesat.
Kerana itulah, 'wanita hari ini' harus faham apakah maksud mereka dihantar ke muka bumi ini. Tugas seorang wanita bukanlah sebagai mesin mengeluarkan anak. Kerja sebenar seorang wanita bukan sekadar membasuh baju, memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Bukan ini maksud sebenar seorang wanita dihantar.Wanita juga dihantar sama seperti lelaki, dihantar ke bumi bumi atas maksud agama. Wanita juga perlu sedar bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi saw. Di bahu umat Nabi saw terletak satu tanggungjawab yang besar terhadap agama. Hari ini, umat ini (baik lelaki juga wanita) telah jauh tersasar dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai umat nabi saw.
Apabila seorang wanita mempunyai fikir dan risau atas agama, maka akan wujudlah rumah-rumah seperti sebuah madrasah, tempat mengeluarkan para alim-alimah, hafiz-hafizah dan dari rumah akan lahirnya pejuang-pejuang agama Allah. Apabila seorang wanita melibatkan diri dalam usaha agama, maka suasana rumah akan bertukar menjadi seperti suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar agama, adanya tilawatul Quran di dalam rumah, adanya dakwah iman yakin, adanya muzakarah adab dan sunnah, adanya juga perbicaraan mengenai kisah-kisah nabi dan para sahabat.
Untuk memastikan kaum wanita hari ini kembali kepada tempat dan kemuliaannya, ada ENAM PESANAN yang telah digariskan oleh masyaih (ulama2 dalam usaha ini) untuk para wanita.
PESANAN PERTAMA : Solat Di Awal Waktu
-wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid/surau di tempat azan diazankan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat dibereskan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya di tempat yang dikhaskan di dalam rumah.
-Sekiranya seorang wanita melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat.
-Disamping itu, seorang wanita/isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan diazankan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid/surau wanita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.
-Rasulullah saw bersabda 'jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid'.
Ganjaran solat di awal waktu :
1) jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari.
2) jika berwuduk ketika azan sedang diazankan maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.
3) jika berwuduk selepas azan diazankan maka di akhirat Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti bintang.
PESANAN KEDUA : Istiqamah membaca Al-Quran dan Berzikir
-sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur.
-Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
-Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
-usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Nabi saw tidak lupa membacanya setiap hari iaitu:
surah yasin (seperti khatam 10 kali Al Quran)
Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari siksa kubur)
Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya hingga jumaat akan datang)
PESANAN KETIGA : Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah Mampu Milik Johor-hidupkanlah majlis taklim (majlis bacaan kitab fadail amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurang
turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga.
PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Didikan Agama danPemakanan Sunnah-wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama yang lebih sempurna.
-dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah saw dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.
-Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan-minum mereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
-Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah nabi saw dalam setiap perbuatan harian mereka.
-ajar anak solat apabila telah berumur 7 tahun dan rotani mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
-ajar anak-anak membaca Al-Quran.
PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana
-hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu.
-Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanafaat sahaja.
-jika kita dapat mengamalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan harian, insyaAllah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup sederhana.
-jadikan kehidupan nabi dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan kita dari kesusahan dan kerisauan.
PESANAN KEENAM : Galakkan suami/mahram keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah)
-galakkan suami/mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami/mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amal dapat diwujudkan di dalam rumah.
-Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-orang lelaki dalam usaha ini maka akan wujudlah suasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman dan wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
-kelebihan seorang isteri yang redho suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami...
wallahu aklam.


Thanks for reading.leave your comment





Thanks for reading.leave your comment





Thanks for reading.leave your comment











Thanks for reading.leave your comment





Warkah UntUK Mujahidah
Disisi mujahid ada mujahidah
Yang berjihad untuk Islam
Yang menyerikan Islam dan tamannya Dengan Peribadi solehah
Mereka srikandi Istimewa sekali Mengabdikan diri pada Allah dan suaminya
Mujahidah Islam banyak peranannya Untuk membangunkan Islam
Tangan mereka bakal menggoncang dunia 
Melalui didikannya Ingatlah mujahidah 
Anakmu amanah Allah Ikutlah Syariatnya
Agar dirimu dalam keredhaannya
Didiklah mereka cara Islamiah Agar insyaAllah mereka menjadi soleh dan solehah
Islam kini memerlukan mujahidah Yang beriman sabar redha dan bertaqwa
Agar Islam yang gagah tegak kembali
Bersama mujahidah sejati...
WANITA SOLEHA
Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu 
Jua hatimu bak kaca yang rapuh Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat dibahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasih
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk 
Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian 
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa 
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Thanks for reading.leave your comment


Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)
Ke-2: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)
Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”
Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana "mabtun" syahid dan orang yang tenggelam syahid.”
Ke-6: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.” Ini termasuk malaria, denggi, apa sahaja virus-virus yang merebak dan sebagainya)
Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit dalaman (mabtun) berdasarkan hadis di atas. (sakit jantung,hati,paru-paru, usus, perut, apendiks, pankreas, payudara, rahim dan lain-lain yang tersembunyi dalam badan manusia)
Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.” Ulama mengatakan orang yang meninggal kerana kemalangan jalanraya adalah termasuk dalam kategori ini.
Ke-10: Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”
Ke-11 dan ke-12: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”
Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)
Ke-14: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”
Ke-15 dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”
Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”
Ke-18: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yangbermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”
Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.
Ke-20: Mereka yang meninggal ketika keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Sabda Rasulullah "Barangsiapa yang keluar dari rumahnya ,dia berada fi sabilillah sehingga dia pulang ke rumahnya semula".(at-Tirmizi). Meninggalnya dia ditengah jalan dalam menuntut ilmu dikira sebagai syahid fi sabilllah.
Kebanyakan syahid diatas disebutsebagai syahid akhirat yakni jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah biasa, diakhirat dia akan dibangkitkan bersama syuhada' insyallah. Manakala syahid dunia dan akhirat hanyalah mereka yang gugur dimedan perang fisabillah. Jenazah mereka hanya perlu dikafan dan dikebumikan sahaja.
Lihatlah betapa rahim-Nya Allah yang menjadikan ujian keatas orang Islam sebagai penyebab keampunan keatas dosa-dosa mereka lalu meninggikan darjat mereka dengan ujian yang dihadapinya itu dengan mengurniakan syahid kepadanya.
Semoga kita dimatikan di dalam husnul Khotimah dan dijauhkan kematian di dalam Suul Khotimah. Amiin, Ya Rabbal ‘Alamin...
Wallahua'lam.

Thanks for reading.leave your comment



Kehidupan ini adalah seperti helaian kertas

yang mana setiap satu mempunyai jalan ceritanya tersendiri

di lipat, di simpan, di renyok, di koyak 

dan kemudian di buang

Dunia semua seperti kertas

ramai yang bersedih, bangga, malu dan gembira 

kerana KERTASNYA

lerana kertas manusia terpisah

kerana kertas manusia berkuasa

kerana lertas manusia merana

Sijil kelahiran - kertas

Sijil penghargaan - kertas

sijil kelulusan - kertas

sijil perkahwinan - kertas

buku akaun - kertas 

saman - kertas

tesis - kertas

passport - kertas

sijil perubatan - kertas

jemputan kahwin - kertas

duit - kertas

hanya satu kertas yang DI MILIKI seseorang

tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri...

sijil MATI nya...




Thanks for reading.leave your comment





Al-Imam Alhabib Abdullah bin Alwi Al-Haddad seorang waliyullah sohohibul "Rotib Haddad" Mimpi bertemu Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah berilah aku satu ucapan-MU /Sabda-MU yang belum pernah engkau sampaikan kepada para Sahabat, 
aku minta khusus buatku langsung dari Engkau YaRasulullah.
Rasulullah SAW bersabda yang artinya :

1.Siapa yang memegang tasbih maka dia dicatat sebagai orang yang bertasbih meskipun dia tidak bertasbih.
2.Siapa yang minum kopi selama aroma kopi itu masih ada dimulutnya Malaikat memintakan ampun."(kopi untuk pengajian/qiyamul lail) dapet Istighfarnya Malaikat.
3.Barang siapa mengunjungi seorang Wali yang masih hidup maupun telah meniggal dunia, maka ibadahnya mengunjungi wali itu lebih baik dari pada ibadah selama 70 tahun sampai tulangnya putus-putus.

Inilah kenikmatan dari Allah SWT melalui salah satu Dzurriah/keturunan Rosulullah s.a.w yang mulia 
kedudukan lahir dan batinnya dihadapan Kakek beliau yang Agung Sayyidina Muhammad SAW.
اللهم صل علي روح سَيِدنا مُحمد في الارواح وَ علي جسده في الاجساد و علي قبره في القبور و علي اله و صحبه وسلم

Thanks for reading.leave your comment




.

1)Sangat menjaga niat, kearna niat itu lebih utama dari melakukan amalan baik tetapi tidak ada niat..

2)Sentiasa bertudung @ menutup kepala.
Walau pun hendak ketika tidur
*utk dijaga/dikelilingi mlaikt rahmat

3)bersugi stiap kali solat@smbhyang.
*70 kli gnda pahala solt bg org yg brsugi.

3)doa ibu bapa,dibaca 5 kli slps azan..
Seumpama mmadai mlksanakn tggugjwb ank kpd kdua ibu bapa..
(terutama bg pelajar@yg dduk bjauhan ats fktor bljar misalnya.,jd masa dgn ibu bpa itu agk kurg utk smentara demi mnuntut ilmu.)


4)sentiasa dgn tasbih, kcuali pd tmpt yg xsepatotnya..
*seumpama berzikir
5)sentiasa senyum & bersangka baik.
(Kerna ini antara tips utk bhgia, tenang,amn sjhtera ^^)










Thanks for reading.leave your comment



Ada seorang wanita yang tinggal di sekitar Masjidil Aqsa (Baitul Maqdis), dia mempunyai kebiasaan (amalan) unik. Jika datang Bulan Rejab, salah satu dari bulan yang dimuliakan Allah seperti disebut dalam Surah At Taubah ayat 36, dia beri’tikaf di Masjidil Aqsa dengan memakai pakaian (selimut) bulu, pakaian paling sederhana saat itu, dan membaca Surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad,…) sebanyak 12.000 kali sebagai suatu bentuk zikir kepada Allah. Dia tidak pernah meninggalkan kebiasaan amalannya itu setiap kali Bulan Rejab datang, hingga kematian menjemputnya.

Bulan Rejab memang bulan yang penuh keberkahan. Dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa Bulan Rejab adalah Bulan Allah, Bulan Sya’ban adalah Bulanku (Bulan Nabi SAW), dan Bulan Ramadhan adalah Bulan Umatku (Umat Nabi SAW, umat Islam). Setiap memasuki Bulan Rejab, beliau juga mengajarkan doa kepada para sahabat, yaitu : “Allahumma baarik lanaa fii rajaaba, wa sya’baana, wa ballighnaa romadhoon.”

Makna dari doa tersebut adalah : Ya Allah, berilah keberkahan kepada kami pada bulan Rejab ini, juga pada Bulan Sya’ban, dan sampaikanlah (panjangkanlah umur) kami kepada Bulan Ramadhan. Mungkin kerana ingin menghormati, sekaligus ‘memancing’ barakah dari Bulan Rejab itu, wanita tersebut menjalankan amalan zikirnya tersebut secara istiqomah, walaupun tidak ada anjuran khusus dari Rasulullah SAW atau para sahabat lainnya.

Soal ibadah yang bernama zikir ini, menurut pendapat majoriti ulama, memang tidak ada anjuran khusus seperti halnya ibadah khusus yang mempunyai kaifiat dan waktu yang tersendiri seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lainnya. Setiap orang boleh mengamalkan zikir dimana saja, dimana saja dan sebanyak apa, sesuai dengan keadaan dan kemampuannya, tidak ada batasan khusus. Perintah Al Qur’an dalam berzikir hanya bersifat umum : Yaa ayyuhal ladziina aamanudzkurullaaha zikiran katsiiran, wa sabbihuuhu bukratan wa ashiilaa. (Wahai orang-orang beriman, berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNya pagi dan petang)

Hanya saja para ulama menggaris-bawahi, bacaan yang dibaca dalam zikir itu sebaiknya adalah ayat-ayat (surat) Al Qur’an, kalimat-kalimat toyyibah yang diajarkan Rasulullah SAW, selawat, dan doa-doa. Nabi SAW memang mengajarkan zikir khusus pada beberapa waktu tertentu, seperti misalnya setelah solat lima waktu, pada waktu pagi dan petang, dan lain-lainnya, tetapi tidak bersifat wajib, tetapi hanya sunnah saja. Tidak bermakna ia tidak boleh dibaca selain dari waktu pagi dan petang.

Tidak ada penjelasan pasti bagaimana wanita di Masjidil Aqsa itu menjalankan zikirnya yang 12.000 Surah al Ikhlas itu. Kelihatannya cukup berat, tetapi sebenarnya tidak seperti itu, kerana surat al Ikhlas sangat pendek dan mudah dihafalkan. Kalau dijalankan selama sebulan (lebih kurang selama 30 hari), sebenarnya tidaklah terlalu berat. Duabelas ribu kali, bererti 400 kali setiap harinya, kalau dibaca setelah solat lima waktu, berarti 80 kali, dan itu tidak sampai sepuluh minit jika dibaca tartil (tidak terlalu cepat atau lambat).

Ketika usianya makin tua dan dia merasa ajalnya makin dekat, wanita itu berwasiat kepada anak lelakinya, agar nantinya dia dikafani dengan selimut bulu yang biasa dipergunakannya untuk i’tikaf di Baitul Maqdis dan berzikir dengan surat al-Ikhlas pada Bulan Rejab itu. Atau paling tidak, selimut bulu itu disertakan (ikut dikuburkan) ketika dia dimakamkan. Ketika wanita itu meninggal, anak lelakinya itu malu untuk mengkafaninya dengan selimut (pakaian) bulu itu, yang keadaannya sudah tua dan sangat lusuh, apalagi dia termasuk orang yang berkemampuan. Dia membeli kain yang berkualiti bagus dan berharga mahal untuk mengkafani jenazah ibunya.

Pada malam harinya, anak lelaki itu bermimpi bertemu ibunya dalam keadaan marah. Ibunya itu berkata, “Aku tidak senang kepadamu kerana kamu tidak mahu melaksanakan wasiatku!!”

Anaknya itu terbangun dalam keadaan ketakutan. Dia segera mengambil selimut bulu milik ibunya dan segera berangkat ke pemakaman dengan membawa cangkul (atau alat penggali). Dia terus menggali sampai kedalaman tertentu, tetapi ternyata dia tidak menemukan jenazah ibunya. Dia kebingungan sekaligus ketakutan, jangan-jangan ini akibat kesalahannya juga kerana tidak melaksanakan wasiat ibunya. Tiba-tiba terdengar hatif (suara tanpa wujud) bergema di sekitarnya, “Tidakkah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya orang yang berbakti kepada Kami dalam Bulan Rejab, tidak akan Kami biarkan sendirian!!”

Thanks for reading.leave your comment



Kami mengunjungi pusara bonda... 
sunyi pagi di sinari suria... 
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda. 

Tegak kami di makam sepi 
Lalang-lalang tinggi berdiri 
Dua nisan terkapar mati 
Hanya papan di makan bumi

Dalam kenangan kami melihat 
Mesra kasih bonda menatap 
Sedang lena di dalam rahap 
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu 
Pernah dulu mengucupi dahiku 
Kini ku rasa kasihnya lagi
Meski jauh di batasi bumi 

Nisan batu kami tegakkan 
Tiada laagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan 
Air mawar kami siramkan 

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makan sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian 
Insan kerdil menghadap Tuhan 

Begitu bakti kami berikan 
Tiada sama bonda melahirkan 
Kasih bonda tiada sempadan 
Kemuncak murni kemuliaan insan









Thanks for reading.leave your comment




Oh Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Ibu
Kini aku hilang tempat mengadu
Oh ibu
Damailah engaku di sana
Ku taburi doa mewangi
hadiah dari anakmu
Ibu


Thanks for reading.leave your comment


Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana




Thanks for reading.leave your comment