Alhamdulillah terisi jugak masa aku sepanjang cuti sem lepas...
Senarai nama dan penempatan utk peserta SPC '15 dah pun keluar....
SPC tu.... SUMMER PRE-CHAMBERING..... a.k.a STUDENT PRAKTIKAL CHAMBERING pun boleh ... :)
teringat firman Allah yang mafhumnya: boleh jadi apa yang baik utk kita itu bukanlah apa yang kita suka.... Sesungguhnya Allah Maha mengetahui sesuatu yang terbaik utk hamba-NYA... "
apa pun bersangka baik dan terima dengan redha ketentuanNYA...
Kenapa??? sebabnya pilihan aku minta nak buat chamber kat mahkamah tapi senarai yang keluar telah menempatkan aku di firma.... btw aku bersyukur sangat2 pada Allah... terima kasih kepada pihak penganjur KPMM, dan PPMM ...



Terima kasih kepada ummi Hajjah Norfaizah Zainudin (penyelia),aza Nurhazwati Chening selaku student chambering atas tunjuk ajar yang di berikan... warga FARA ( hidayah dan kak zu).. x dilupa Puan Aishah Dato' Rahman.. terima kasih sudi menerima diri ini menjadi sebahagian warga FARA... ukhuwwah fillah moga berkekalan ke syurga abadi...
kenangan hari raya bersama warga FARA... Tahun ni rumah boss jadi tuan rumah untuk sambutan hari raya persatuan peguam syariah johor..


bersama warga FARA...



hari-hari benda alah ni lah yang aku kena tulis... di samping lambakkan fail-fail hijau kes klient...
dah namanya pun student praktikal kan... bnyak n terlalu bnyak yang perlu aku belajar sebagai pendedahan awal sebelum terjun ke medan sebanar dalam profesyen kerjaya sebagai peguam syarie.

                 

              

pengalaman berharga jugak aku dapat dalam SPC ni adalah... bidang terjun mewakili peguam sivil dalam netball kat ipoh... pandai plak aku main bola...haha... kira oklah dpt gak mata... menang lawan kl II. 


hari terakhir praktikal aku p mahkamah, sempatlah curi-curi masa bergambar dengan boss setelah selesai mendengar prosiding mahkamah... btw tq aza sudi jd camerawomen utk aku...







with my boss... Ummi Puan Hajjah Norfaizah Zainudin




selesai praktikal di firma selama sebulan, kena plak hadir seminar... ha.. seminar ni berlangsung 3 hari di Hotel D'Palma, Shah Alam...



Peserta SPC dr Kelab Peguam Muda Mesir


kenangan bergambar bersama YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang




Thanks for reading.leave your comment

mengimbau kenangan lalu...
... memandangkan cuti sem terakhir akn bermula selepas aq berhempas pulas memerah otak dlm perjuangan terakhir di medan imtihan, saat menanti natijah yg akn keluar...aku berkira2 menimbang tara utk pulang ke tanah air... biarpun pada ketika itu natijah sebenar belum ditampal...aq nekad dgn keputusan yang aku buat ..... apa keputusan aku???? tunggu....!!!!

berakhir bulan peperiksaan, menjadi lumrah setiap tahun akn di buka kontrol natijah selama 2 minggu selepas selesai keputusan... hati berdebar takut sebenarnya nk melihat kontrol dengan dokturah di kuliah...

satu hari....

Di saat kawan sekuliah merangkap kawan serumah bersemangat ke kuliah utk melihat kontrol natijah ... aku boleh bertapa kat rumah sebab.... aku mmg terlajak rajin kalau nk ke kuliah (kuliah dpn rumah je pun )hahaha...
tetiba...
mesej whatsapp masuk di telefonku... ku capai hp atas meja study, ku lihat pengirimnya... tertera nama "ÄCHU".... tiba2 hati ku jadi tidak keharuan.. pelbagai perasaan bermain difikiran...
bila ku buka mesej tertera.... jeng... jeng... jeng...


Syukur alhmdulillah di atas kejayaan ini... alhmdulillah haza min fadhli rabbi... tanpa berlengah terus ku lalukan sujud syukur....'
terima kasih kepada Dr.Ali Loqam yg tolong tengokkan natijah, Ahli bait yang bersemangat memaklumkan keputusan, family ygng banyak bagi sokongan dan doa, Doktor dan dokturah yg banyak mengajar dan mencurahkan ilmu, sahabiah2 sekuliah,  terima kasih atas segalanya...
 yeaa... tamat sudah pengajian ku di sini,,, hurm... pasti sedih kan nk meninggalkan bumi tarbiah, bumi para anbiya, kota seribu menara ni...
" Terima kasih oh mansurah... ku kirim sekalung doa dan rinduku... inginku terus bermukim dipersadamu... malang tanah air ku menggamit sayu...







Thanks for reading.leave your comment


Satu malam rumah Juha dimasuki pencuri.
Keesokannya , jiran tetangga datang melawat Juha. Masing-masing memberi komen tentang kejadian semalam.
Jiran Pertama :
" Rumah ini tidak berkunci , sebab itu pencuri boleh masuk"
Jiran kedua :
" Juha tidur mati sampai tidak sedar rumahnya dimasuki pencuri"
Jiran ketiga :
" Juha selalu begitu, lalai dan tidak berhati-hati"
Juha lalu menjawab :
" Semuanya salah aku juga..pencurinya bila kamu nak salahkan? Dia yang masuk ke dalam rumah aku. Akhirnya semua kesalahan dihumban kepada aku. Pencuri tu tak bersalah ka?? "
P/S: Begitulah masyarakat kita. Kisah ini walaupun ada unsur humor tapi beri pengajaran besar pada kehidupan.
Zaman sekarang, yang biadap pula dipertahankan.
Contohnya : Masuk ke dalam FB orang lain, komen biadap . Bila orang membalas kenyataannya dianggap yang membalas itu keras bahasa, biadap.. Dia terlupa kebiadapannya yg dia sendiri mulakan.
Lebih melucukan, ada yang hanya melihat kerasnya bahasa Tuan Punya 'Rumah' tapi buta mata melihat biadapnya tetamu tidak diundang tersebut.
Ajibbb Benerr Zaman Ini 😊

Thanks for reading.leave your comment








Thanks for reading.leave your comment




Gantungan lampu bewarna warni bagaikan petanda kedatangan ramadhan... kemeriahan dan semangat rasa nak sambut ramadhan dan terawih di masjid ...


Mungkin tahun terakhir aku menyambut Ramadhan di bumi 1000 menara....


     


Thanks for reading.leave your comment





Salam ramadhan kareem
Terpanggil utk berkongsi tentang pesta ibadah di bumi auliya Tarim, Yaman.
Antara amalan yg kte rasa perlu utk dkongsi bersama:
✅ Ramadhan di sana ibarat raya. Meriah dengan ibadah. Semua berebut utk saf pertama bg banat Dar Zahra'. Tidak solat jemaah ibarat satu keaiban. Solat di awal waktu mjadi kewajipan. Al-quran, Wirid dan amalan2 sunat mnjadi rutin harian.
✅ Kurangkan tidur malam di bulan mulia ini, mereka mghidupkan malam slps terawih dengan al-quran, zikir serta pembacaan kitab. Tidur yg diamalkan pd bulan ni adalah selepas wirid pagi beserta kelas tafsir dan diikuti solat dhuha. Kemudian baru pulang ke kamar masing2 utk tidur. Boleh dikatakan waktu ini sunyi sbb semua menggunakan masa utk tidur agar dpt berjaga malam.
✅Solat Sunat Tasbih 4 rakaat(2+2) setelah solat sunat ba'diah maghrib. Dikatakan ganjaranny adalah Qasr fil jannah.
✅Bersiwak antara sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Banyak kelebihan brsiwak. Diamalkan stiap kali memulakan suatu amal. Baca quran solat dan sebagainya.
✅Qodho' solat fardu. Setiap kali lepas solat fardhu, akan bangaun utk terus menunaikan solat qodho'. Kiranya 2 kali solat stiap kali solat fardhu. Bagi memenuhkn lopong2 solat2 kita yg bkmungkinan ada yg tak diterima ataupn tak sempurna n sbagainya. Dan setiap amalan fardhu dgandakan ganjaranny 70x pd bulan mulia ini. Ya Robb!
✅Menghadirkan hati dgn Allahu Robbul 'alamin dalam setiap amalan n pekerjaan. Cnth: Ambil wudu' dhadirkan hati serta stiap anggota ada niatnya. Diakhiri dgn doa setelah berwuduk. Serta surah al-qadr sebanyak 3 kali. Dan digalakkan agar tidak
bercakap selepas brwuduk dan terus solat sunat wuduk 2 rakaat. Dikatakan kisah ahli tasawuf yg mengibaratkan prbualan tntg duniawi yg melaghokan akan mmbatalkan wudu'. Makany diambil smula wuduk. Itu pandangan mereka yg mementingkan kekhusyukan dlm stiap amal.
✅ Mengambil berat tntg khidmat. Menyusun kasut, menyediakan juadah utk yg berbuka puasa membersihkan musolla dan sebagainy.
✅ Mementingkan adab serta menjaga hati (husnu zhon) dlm setiap perkara.
✅ Mementingkan, Memperbanyakkan serta memperbesarkan niat dlm setiap majlis ilmu.
✅ Sentiasa menganggap orang lain lebih baik daripada kita. Akan ada sesi bersalaman setiap lepas subuh dan asar. Pada akhir daurah Ramadhon, salah seorg pserta muallaf, mengatakan itu adalah sesi yg paling disukai, bila saling bersalaman, saling bermaafan. Dan dalam hati dia akan berkata, "you're better than me". Ya Robb!
✅ Menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam dalam segala hal. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
✅ Di sana .. Antara ayat yg diulang2 ktika bulan mulia ini
نشهد ألا إله إلا الله نستغفر الله نسألك الجنة ونعوذبك من النار. ...اللهم إنك عفو تحب العفو عنا. ..يا كريم...
✅ Selepas Ramadhan terus sambung puasa 6 pd 2 Syawal. Raya yg sebenar bagi mereka adalah setelah habis puasa 6. Ya Robb! Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Syukru LILLAH 'ala kullu hazihinni'am. Semoga memberi manfaat bersama. Istiqomahlah hatta sekecil perkara. Boleh jadi amal kecil itu tinggi darjatny di sisi Allah. Boleh jadi juga amal yg besar tu kurang darjatny di sisiNYA. ALLAHU'ALAM. Moga Ramadhan kali ni lebih baik drpd sebelumnya. In shaa Allah. Sama2 saling mendoakan.
رمضان كريم
"اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك."
Ini antara doa Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam nasihatkn utk baca setiap kali lepas solat. Antara usaha kita utk istiqomah dlm beribadat! Fastabiqul khoirat... moga kebahagiaan dunia akhirat milik kte smua. Moga Allah mengampuni dosa2 kte dan menerima amalan kte. In shaa Allah. Maaf atas silap dan salah. Shukran ala kulli hal.

Thanks for reading.leave your comment





"ustaz, Wahhabi tu apa? Mohon pencerahan..."
Ok, disebabkan saya malas dah nak jawab secara skema (sebab dah dijawab dalam post yang lepas secara skema dan saksama), kali ni saya nak jawab cara sketsa...
Al-kisah disebutkan bahawa Pak Mat mempunyai dua orang anak yang taat pada bapanya. Seorang nama Wahhab, seorang lagi nama Syafi'e.
Mereka berdua selalu berlumba-lumba untuk penuhi apa sahaja kemahuan ayah kesayangan mereka.
Pada suatu hari....
Pak Mat (PM): Uhuk! uhuk! (batuk), sape-sape tolong ambil air untuk ayah kejap... (kata beliau kepada dua orang anaknya).
Wahhab dan Syafi'e pun berlari-lari untuk mendapatkan air. Tetapi yang anehnya, Wahhab berlari ke tandas manakala Syafi'e berlari ke dapur.
Tak lama lepas tu, masing-masing menghadap ayah mereka. Di tangan Wahhab ada sebaldi air dari tandas dan di tangan Syafi'e ada secawan air tapisan mesin Korea dari dapur.
PM: Eh Wahhab, kenapa kau bawa air sebaldi ni??
Wahhab (W): Kan ayah cakap "bawakan air", jadi berdasarkan teks ungkapan ayah, air mesti dibawa kepada ayah. Saya bawalah air ni. Saya telah menunaikan tanggungjawab saya.
PM: Tapi ayah mintak air untuk minum la....bawak secawan sudah la... (muka sedih)...
W: Apa dalil dari teks arahan ayah yang menunjukkan ayah nak air untuk minum? Dalil mana, dalil? Ayah cakap nak air je, tak cakap pun nak minum ke, nak secawan ke? Kalau tak ada dalil, ianya jadi bidaah dan perlu ditolak."sesungguhnya setiap yang baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu akan ke neraka...."
PM: *kelepek!* (tampar dahi sendiri)..adoi la... wahhabi punya anak...!
W: Apa salah saya? Hanya kerana saya ingin kembali kepada teks asal ayah yang sahih, saya dituduh Wahhabi? (sedih sambil berselfie) *kechak!*
(pastu update status dalam fb: "sesungguhnya dakwah salafiyyah ini penuh rintangan, sungguh memedihkan apabila ayah sendiri merupakan ahli bidaah, ‪#‎pray4PakMat‬ ").
PM: Haa, kamu Syafi'e, tahu pulak ayah nak air secawan? Ayah tak cakap pun nak air secawan untuk minum?
Syafi'e: Oh.. itu mudah saja ayah. Sebelum saya memahami apa-apa arahan daripada ayah melalui "teks-teks/ayat-ayat perintah" yang keluar daripada mulut ayah, saya akan melihat seluruh keadaan dan dalil-dalil lain.
Saya lihat ayah terbatuk, batuk itu sering diqiyaskan dengan sakit tekak atau tekak berkahak, jadi secara dalil umum, dapat diketahui orang yang batuk minta air itu pasti untuk diminum.
Kemudian saya lihat pula keadaan ayah yang sedang bersandar di kerusi, tak mungkin ayah nak basuh kereta, maka fahamlah saya bahawa kehendak sebenar daripada "arahan ayah" tadi ialah bawakn air secawan untuk diminum.
Jadi selepas saya meneliti semua dalil yang ada, sababul wurudnya (sebab-sebab arahan tu dikeluarkan),kaedah nahunya dan semua sisi, lalu saya berijtihad dengan segala kemampuan yang ada tanpa hanya bergantung kepada makna zahir teks yang asal, maka keputusan akhir saya dalam memahami perintah ayah itu ialah ayah perlukan secawan air.
PM: Haaaaaa.... macam ni lah kehendak ayah yang sebenar.... memang terbaiklah...! ayah doakan kamu dikekalkan kefahaman agama seperti ini dan yang mengikutimu sehingga kiamat.

Thanks for reading.leave your comment