Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana




Thanks for reading.leave your comment



Bukanlah hanya sia-sia
engkau di gelar sebagai wanita
bukti istimewanya
kejadianmu oh wanita

ku berjanji
setiap jasad, darah dan jiwa ini
ku wakafi
untuk membela ad-Deen mu oh ilahi
cuba ku penuhi impian ummah
mawar berduri idaman generasi

Thanks for reading.leave your comment










KALAM PERPISAHAN DARI HABIB UMAR BEN HAFIDZ SEMPENA DAWRAH SOIFIAH KALI KE- 20 (2014) 





KALAM PENUTUP DARI HABIB UMAR BEN HAFIDZ SEMPENA DAWRAH SOIFIAH KALI KE - 20 (2014)




Thanks for reading.leave your comment




Aku berbincang dengan sahabat-sahabatku, pro dan kontranya tentang persoalan yang timbul... peninglah jugak...tapi kebanyakkan yang aku dapat secara konklusinya... ramai yang tidak setuju. Mereka menyatakan itu bukan alasan yang kukuh... tetapi mencipta alasan untuk mengelak...apa sebab aku pun tak tau mereka berpendapat demikian... rata-rata mereka mengatakan macam tu... so... jom kita bincang...

Taqdim atau tanda atau cop... "AKU PUNYA" merupakan perkara yang tidak asing lagi di kalangan kita... tak kira yang belum, tengah, sudah belajar... masalah yang timbul di waktu mengaji...( belajar la tu...).bukan nak menghukum kaum adam... tapi... timbang-timbang... pernah atau tidak sahabat-sahabat terpikir taqdim di waktu mengaji lebih tinggi risikonya...pernah terfikir tak? tapi kita buat sebaliknya... hakikat masing-masing ada alasan... bila di tanya... takut orang kebas... ermm... teringat sahabat aq pernah cakap: "Kalau kita yakin dia hak kita, dia jodoh kita, simpan dalam hati jer... doa... in sya Allah..."atas alasan bila diluah takut mendatangkan mudharat yang lebih besar... lain pulak yang berpendapat... nak di luahkan juga...kena usaha istilahnya... maka terluahlah... bermula detik itu terbinalah satu ikatan yang bermatlamatkan satu...

So... nak cerita tentang taqdim waktu mengaji...(luah apa yang terbuku pada si dia yang kita tujuannya nak dia sebagai pasangan hidup kita) rata-rata yang aq lihat... mereka kata...pengajian bukan alasan untuk taqdim dan "break".sebab bila dah taqdim maksudnya dah fikir habis risiko yang bakal tiba... dari segenap aspek...tak kira dari sudut impian, keluarga, masyarakat juga mendaji tanggungjawab yang lebih besar... lain pulak dengan kisah yang terjadi... dia di taqdim waktu study sama-sama mngaji la... pastu nak jadi cerita pentaqdim balik mesia... bila di tanya... tentang kelangsungan jalinan yang sudah terbina...di jawab "sebenarnya ana rasa kita kawan jela... doa banyak-banyak... ana nak teruskan pengajian ana, sebab ana nak buru cita-cita ana... impian ana, harapan keluarga masyarakat pada ana... ana rasa berat apa yang ana pikul... kita doa je... moga kita di jodohkan...dan... ana tak paksa enti tunggu ana, ikut cara ana... kalau ada yang masuk... enti nak terima... terpulang, kita doa laa... cuma... jangan mengharap pada ana... "

Ish... ish... ish... pelik ye... di taqdim waktu mengaji... tak pikir ke?? pastu baru terpikir... secara peribadi aq tak setuju dengan alsan tu... bukan apa... pada aku... bila dah PLANN sebelum taqdim tak jadi masalah... tapi bila rancang sesuka hati... tu yang jadi masalah... sebagai seorang yang di katakan "ar rijal qawwamu  a'lanisa'" sepatutnya... telah rancang segalanya...kita merancang... Allah yang menentukan... bukan pasrah... "KITA DOA JE...moga kita di jodohkan".kalau doa je usaha tak ada tak guna ... tambah masalah bila taqdim anak orang atau di taqdim keluarga tak tau... fuyyo!!! ni akan timbul masalah lagi besar...

Si akhwat pun bertanya"us, ana nak tanya apa plann ustaz pasni??? memandangkan us nak sambung mngaji lagi... nak buru impian... ana kalau boleh nak taula... guard line or date line ke... nak tunggu ana tunggu, tak pun kita ikat,  ana pun ada cita-cita ana... impian ana, harapan keluarga, plann ana sendiri..." macam kelakar bila si perempuan yang tanya... pada aq dia dah jatuhkan maruah dia, diri dia... sedangkan yang lelaki mentaqdim...langsung cam tak der rasa bersalah tambah masalah bila di jawab"ana sebenarnya... nak tumpu cita-cita, bukan nak mungkir janji... tapi enti kena faham ana, tanggungjawab ana besar, benda lebih besar ana pikir... kita kawan jela..." Cuba kita renung... pada aq tak jadi masalah kalau terus terang je... perempuan dia lebih senang berterus terang... tapi selalunya berdolak dalik yang di jumpa... sebab nak elak...

Bila memikirkan masalah masa depan ni, berlaku waktu mngaji kadang-kadang kena letak satu TANDA yang boleh kita nampak hala tuju kita, walaupun hakikat tak yah pikir buang masa melambatkan keje kejar cita-cita (kata kawan aq la... ) Contoh bagi yang taqdim"aq ni dah taqdim anak orang, mak aq tak tau... tapi aq nak ngaji lagi, dah laa tak keje lagi... macammana ek?" yaang di taqdim..."aq ni dah kena taqdim... tengah mengaji, tak keje lagi, dia pun tak keje lagi... aq pun nak ngaji lagi, erm... mak abah dah tau... keluarga dia tak tau... aduss...

Pada aku wajar bagi si pentaqdim dan yang kena taqdim ni citer plann masing-masing, lebih kurang bincang laa... baru nampak... hala tuju sebenar sebuah jalinan... tapi kalau sorang je yang plann itu namnya pentingkan diri sendiri plak, belah perempuan aku rasa biasanya diaorang ikut je plann lelaki, tapi lelaki tak ramai yang camtu... kebiasaan yang aku lihat bila timbul masalah ni ... jalan kluar yang di pilih "BREAK OFF" walau pun guna istilah "harap kita boleh jadi kawan sampai bila-bila... tapi kita doa laa..."gelak sendiri bila aku dengar alasan dan jalanan hidup orang camni, macam takde pendirian... betul masing-masing mungkin ada masalah tapi... bila camni jadi tak bertanggungjawab laa... ingat bukan kita sorang ada masalah dan... timbul soklan "saya ada masalah awak tau ape, cakap senang laa saya tanggung"... hakikat memang camtu... tapi sebagai yang mngaji agama "kita guna ilmu yang kita ada untuk ukur"( kata kawan aku lagi)

Sahabat-sahabat... pada aku, kita kena ada empat benda penting dalam nak menyelusuri perjalanan hidup ini, DUIT... Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal... doakan pada Allah dia hak kita, di samping kita usaha dapatkannya, ikhtiar camner nak dapatkan... dan last sekali baru tawakkal... itu namanya perancangan walaupun kita tau JODOH AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN... yang penting kita usaha dulu... macam nak kejar impian gak... doa semata dok atas tikar sejadah je tak guna... gak... tak kiralah dalam urusan nak cari apa sekali pun DUIT kena ada... bukan kita lari dari masalah yang kita cipta sendiri sebenarnya...

Jadi sebelum laksanakan sesuatu agenda dalam kehidupan mesti ada breafing or on paper... PLANN laa... dah plann... usaha baru doa dan tawakkal serah segalanya pada Allah... bukan doa dan tawakkal semata...

"PENGAJIAN NOMBOR SATU, PIKIR KAWIN OR MASA DEPAN BUKAN NOMBOR DUA"... Camne ek... aula yang lebih aula... kalau dah berani main api, kena tau cara nak padam... dah berani  ambil risiko kena berani tanggung risiko... berani cari masalah kena berani hadapi bukan lari... tak selesai... yang penting bertolak ansur dalam kehidupan, memahami walaupun dia bukan milik kita... sebab kita bersahabat pun kita kena paham sahabat kita, bukan bagi alasan"ana bukan tak cuba paham tapi belum masanya ana nak paham... lagipun kita bukan ade ikatan ape-ape"sedar atau tidak kita dah guris hati... yang pada asal kita cari dia... dia tak minta... pastu kita tinggal je...TAHNIAH YANG BERTINDAK CAM NI... in sya Allah ade balasan yang setimpal... pikirkan kalau terjadi pada adik beradik kita or kluarga la senang cakap...

Bagi yang terkena... camni... bersabarlah... Allah Maha Adil, setiap yang terjadi ade hikmahnya... jangan mudah melatah dengan apa yang terjadi, ALLAH SAYANGKAN HAMBANYA sebab tu Allah uji... In sya Allah dah cuba selesaikan tapi itu yang di pilih kena terima hakikat... dan letak dalam diri SETIAP MANUSIA ADE LEBIH ADA KURANGNYA... maafkan dirinya, ingat satu hari nanti dia kan turut rasa apa yang kita rasa... sama je baik lelaki mahupun perempuan... yang penting CINTAI LAH ORANG YANG MENYAYANGI DAN CINTAI KITA... pasti ade cintaNYA untuk kita...doakan kebahagiaan... moga dipermudahkan... jalan hidupnya...

Thanks for reading.leave your comment



Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah
Pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak di tempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya...
Tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah di pertahankan
Buat bekalan diperjalanan
Kau ubat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
( cari penawar derita )

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum dibibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air dihulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 






Thanks for reading.leave your comment




Budaya "couple" sememangnya merupakan antara corak hidup kebanyakkan remaja masa kini. Ianya menjadi identiti alaf kemodenan acuan Barat yang dicemari oleh nilai-nilai Sekularisme dan Hedonisme. Terlebih dahulu, hendaklah diketahui bahawa, cinta sememangnya naluri setiap insan. Cinta lawan jenis (antara lelaki dan perempuan) sememangnya merupakan suatu fitrah manusia. Maka, dapatlah difahami bahawa, budaya "couple" ini sememangnya natijah daripada sahutan terhadap naluri fitrah manusia yang bersifat saling cinta-mencintai.

Oleh yang demikian, Islam meletakkan landasan-landasan murni dalam memelihara fitrah tersebut dengan institusi perkahwinan. Oleh yang demikian, "couple" itu sebenarnya, jika merujuk kepada cinta antara seseorang lelaki dengan seseorang perempuan, maka ianya bersifat fitrah. Cuma, ianya perlu diikat dengan perkahwinan. Namun, fenomena "couple" dalam istilah khususnya, iaitu percintaan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan syar'ie (seperti perkahwinan atau pertunangan) perlulah sewajarnya dinilai dari sudut faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudannya terlebih dahulu, sebelum menilainya dari neraca Islam kerana memahami realiti adalah satu juzuk dari keseibangan simpulan hukum menurut ulama' usul fiqh. 

Antara faktor-faktor wujudnya fenomena "couple" adalah: 
1) Fitrah Insani 
2) Pengaruh Media yang Membawa Nilai Hidup Barat
Peningkatan dan Perkembangan Sistem Pendidikan dan Kemasyarakatan Para remaja, disamping sibuk dalam bidang pendidikan, turut disibukkan dengan hiburan melalui media. 

Antara bentuk hiburan yang menjadi kegemaran mereka adalah hiburan yang membawa mesej percintaan, sesuai dengan fitrah mereka. Oleh yang demikian, media-media hiburan sebenarnyalah antara yang paling bertanggungjawab dalam merangsangkan lagi keinginan untuk bercinta di dalam diri para remaja. Setelah berlakunya gelora yang kuat untuk mencintai dan dicintai, mereka mendapati Islam memberi jalan penyelesaiannya iaitu, dengan perkahwinan. 

Namun, kebanyakkan remaja yang berkeinginan kuat dalam mencari tempat mencurah dan mengemis kasih, tidak mampu untuk berkahwin kerana halangan-halangan tertentu, seperti masih lagi di bangku pengajian, tidak mempunyai kewangan yang cukup dan sebagainya yang merupakan natijah dari perkembangan bidang pendidikan dan kemasyarakatan di era moden ini. Kalau di zaman umat Islam terdahulu, di samping tiada rangsangan dari media hiburan yang menjurus ke arah tersebut, tiada juga suatu bentuk sistem pendidikan dan kemasyarakatan yang begitu kompleks dan "protokolis" seperti zaman ini. 

Dahulu, anak muda mudi Islam berkahwin dalam usia yang muda apabila mereka (pada ketika itu) sudah mempunyai keinginan untuk "mencintai dan dicintai", di samping perbelanjaan untuk perkahwinan tidaklah terlalu tinggi. Di zaman moden ini, anak-anak muda seolah-olah seperti terikat dengan suatu mentaliti dualisme antara "cinta" atau "cita-cita". Budaya perkahwinan di alam pengajian tinggi juga tidak diberi galakan sewajarnya oleh masyarakat Islam moden, memaksa para muda-mudi yang terbelenggu dengan rangsangan mencari cinta yang semakin meningkat saban hari (hasil dari rangsangan media hiburan dan media massa yang menggalakkan budaya bercinta) dan halangan perkahwinan kerana masih belajar dan tidak berkewangan yang cukup untuk berkahwin kerana kos perkahwinan yang tinggi, mencari alternatif lain dalam memenuhi fitrah cinta mereka, dengan bentuk yang berbeza. Alternatif tersebut itulah yang dikenali dengan "couple", natijah dari tiga faktor utama tersebut. 

Kebanyakkan para ulama' muta'akhirin (terkini) seperti Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (Mufti Qatar), Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti (ulama' besar Syria) dan sebagainya yang memahami realiti tersebut memberi pandangan yang amat sederhana dalam masalah "couple" ini. Menurut mereka, "bercinta" itu sendiri tidak salah. Cuma, perlulah dibatasi dengan syariat Islam, dan seboleh-bolehnya berkahwinlah jika sudah ada yang dicintai dan mencintai, kerana itu yang lebih baik. 

Para ulama' tersebut amat memberi galakan kepada muda-mudi untuk berkahwin di alam pengajian tinggi, sebagai penyelesaian utama bagi masalah "couple" ini, dan menyarankan agar masyarakat Islam memberi galakan dan bantuan kepada para penuntut Islam berkahwin sewaktu muda, jika sekiranya mampu membahagikan masa. Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti sendiri berkahwin pada umur 18 tahun, namun mampu mencapai kecemerlangan yang amat memberangsangkan dalam bidang akedemik dan pembelajaran. Begitu juga dengan Dr. Al-Qaradhawi yang berkahwin sewaktu berada di tahun 2 peringkat Ijazah Sarjana Muda sewaktu di Al-Azhar, bahkan menjadi mahasiswa Al-Azhar paling cemerlang di masa beliau. Beliau bahkan berkata: "kalaulah sebelum ini, saya mengetahui kebaikan dalam perkahwinan seperti yang saya ketahui kini (setelah berkahwin), nescaya saya akan berkahwin sejak dari tahun 1 lagi".

Jadi, bagi mereka, penyelesaian utama untuk menjaga anak-anak muda dari terjebak ke kencah maksiat adalah dengan perkahwinan di usia yang awal. Jika terdapat halangan-halangan lain, yang menghalang anak-anak muda berkahwin awal, seperti tiada kewangan, tidak mampu membahagikan masa dalam pengajian dan sebagainya, maka langkah yang kedua ialah dengan pertungangan (Al-Khitbah).

Pertunangan dalam Islam sebenarnya amat mudah, iaitu, cukup dengan pengetahuan ahli keluarga kedua-dua pihak samada lelaki atau perempuan, dan persetujuan kedua-duanya yang sudah saling mengenali antara ahli keluarga lelaki dan ahli keluarga perempuan tersebut. Sudah cukup dengan persetujuan antara kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) dan pengetahuan dan persetujuan antara ahli keluarga kedua-dua pihak untuk dianggap sebagai pertunangan dalam Islam. 

Pertunangan, walaupun belum lagi suatu landasan sempurna dalam memelihara hubungan cinta sesama lelaki dan perempuan, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan timbulnya fitnah dari kalangan masyarakat, risikan pihak ketiga terhadap perempuan tersebut dan sebagainya. Dalam tempoh tersebut juga, perlulah menjaga batas-batas syariat antara seseorang dengan bukan mahramnya. Jika pertunangan juga belum lagi mampu dilakukan, namun tetap timbulnya percintaan sesama lelaki dan perempuan, maka ianya juga perlulah dibatasi dengan batas-batas syariat, seperti tidak boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi, seperti di kawasan-kawasan terpencil, di dalam kereta dan sebagainya, bagi mengelakkan timbulnya fitnah. Dr. Al-Qaradhawi dan Sheikh Atiyyah As-Saqqar lebih cenderung untuk tidak menggalakkan percintaan sebelum ada ikatan tidak syar'ie (seperti perkahwinan dan pertunangan), kerana ianya membawa kepada banyak perkara negatif berbanding perkara positif. Bahkan, Dr. Al-Qaradhawi menegaskan juga bahawa, percintaan sebelum perkahwinan tidak selalunya berakhir dengan kesudahan yang mengambirakan (perkahwinan), bahkan selalunya berakhir dengan penyesalan dan perpisahan.

Kesimpulannya, "couple" itu sendiri tidak ada hukum yang khusus, kerana ianya merupakan suatu yang abstrak. Kalaulah ianya merujuk kepada cinta, maka ianya mubah (dibolehkan) kerana sememangnya fitrah manusia, tetapi perlulah diikat dengan ikatan murni syariat Islam iaitu perkahwinan atau pertunangan. Dalam tempoh pertunangan juga, pasangan perlulah menjaga hubungan mereka dengan batasan-batasan syari'at seperti, tidak berkhalwat (bersunyi-sunyian atau berdua-duaan di tempat sunyi), tidak bercakap dengan perkara-perkara yang tidak syaríe dan membawa kepada syahwat , tidak melakukan perkara-perkara maksiat mungkar dan sebagainya. Adapun budaya "couple", percintaan tanpa ikatan syaríe, walaupun ianya tidak di galakkan, namun jika sememangnya sudah terjebak dengan amalan tersebut, dari dorongan fitrah yang murni, maka jagalah batas-batas syariát yang di sebutkan sebelum ini, di samping bersegeralah dalam mengikatnya dengan ikatan-ikatan syaríe supaya dapat mengelakkan banyak masalah lain dan menghindarkan diri dari terjerumus dalam lembah maksiat.Jika masih belum lagi terjebak dengan amalan "couple"ini, maka cubalah sedaya-upaya untuk tidak terjebak di dalamnya. Apabila sudah bertemu dengan idaman hati, maka bersegeralah dalam membina ikatan syariat (perkahwinan).
Jika masih belum berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, maka hindarilah dari memikirkan persoalan-persoalan tentang cinta tersebut dengan menyibukkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran, sosial dan sebagainya.

Alfaqir sekadar menaqalkan perbahsan-perbahasan ulama'untuk kemanfaatan umum mengenai permasalahan ini. Semoga Allah SWT menerima kita sebagai kekasih-NYA seterusnya mencampakkan nur kasih-NYA di dalam hati kita dan seterusnya menjadikan hanya cinta-NYA lah harapan kita. Allahumma Aamiin Ya Allah Ya Rabbal A'laamiin



Thanks for reading.leave your comment

Dalam ukhuwwah tak ada istilah dengki. Dalam ukhuwwah tak ada istilah sakit hati. Dalam ukhuwwah tak ada istilah menjauh diri. dan dalam ukhuwwah tak ada sifat iri hati. Yang namanya ukhuwwah itu tidak memburuk-burukkan satu sama lain. Yang namanya ukhuwwah tidak menceritakan perihal sahabat lain pada orang lain semata kau ingin merapati dia. Kau buruk kan orang tu kepada dia semata kau ingin mengambil kebahagiaan dia Kau menceritakan segala tingkah laku buruk orang tu Maaf Aku tidak pernah percaya dan memberi muka pada manusia yang talam dua muka di sini kata itu di sana kata itu di waktu dengan aku kau bercerita buruk tentang nya Di waktu dengan dia Kau bercerita buruk tentang aku Jujur Bukan itu yang bergelar sahabat Bukan itu yang di gelar ukhuwwah Aku memilih berdiam diri Dari terus memakan hati Dengan sifat manusia pendengki Yang tak ubah-ubah dalam diri Ukhuwwah itu satu anugerah Hargailah ia sebaik mungkin jangan di calarkan dengan kelukaan hati Sekali ia terluka Sangat lama untuk pulih kembali Dan KAU jangan cuba untuk merapati diri ini Walau penuh dengan rayu hati jika benar kasih sayangmu terhadap sahabat... kerana ALLAH... bersangka baiklah disaat dia menjauhkan diri darimu... kerna engkau tidak akan tahu selagi mana dirinya mendoakanmu di setiap sujudnya saat menghadap tuhanmu yang satu... jika senyumannya tidak lagi terukir untukmu... janganlah kesedihan mendekatimu... kerna engkau tidak mengetahui mungkin saja dia sedang perit menanggung derita rindunya helai tawamu di dalam hidupnya... Allahu Rabbi... Sahabat itu setia... jika silapnya membuatkan engkau berduka... mengapa tidak di padukan doa buatnya... menilai dirinya di saat engkau kecewa... sungguh engkau sudah berlaku tidak adil dengannya... sahabat till jannah... jika pernah kau menaburkan kata sayang buatnya... bukalah mata... bahawa sahabatmu itu menyimpan kata keramat itu di jiwa... Allah... sahabatku itu... adalah daie islam yang tumbuh tanpa bicara... namun... ikhlasnya dia menerimaku... sungguh... aku jatuh cinta terhadap ciptaanMU ini... jaga dia untukku... ku titipkan dia padaMU... Bahagiakan dia bagi pihakku... sahabat... sungguh aku merinduimu...

Thanks for reading.leave your comment