Gantungan lampu bewarna warni bagaikan petanda kedatangan ramadhan... kemeriahan dan semangat rasa nak sambut ramadhan dan terawih di masjid ...


Mungkin tahun terakhir aku menyambut Ramadhan di bumi 1000 menara....

     





Salam ramadhan kareem
Terpanggil utk berkongsi tentang pesta ibadah di bumi auliya Tarim, Yaman.
Antara amalan yg kte rasa perlu utk dkongsi bersama:
✅ Ramadhan di sana ibarat raya. Meriah dengan ibadah. Semua berebut utk saf pertama bg banat Dar Zahra'. Tidak solat jemaah ibarat satu keaiban. Solat di awal waktu mjadi kewajipan. Al-quran, Wirid dan amalan2 sunat mnjadi rutin harian.
✅ Kurangkan tidur malam di bulan mulia ini, mereka mghidupkan malam slps terawih dengan al-quran, zikir serta pembacaan kitab. Tidur yg diamalkan pd bulan ni adalah selepas wirid pagi beserta kelas tafsir dan diikuti solat dhuha. Kemudian baru pulang ke kamar masing2 utk tidur. Boleh dikatakan waktu ini sunyi sbb semua menggunakan masa utk tidur agar dpt berjaga malam.
✅Solat Sunat Tasbih 4 rakaat(2+2) setelah solat sunat ba'diah maghrib. Dikatakan ganjaranny adalah Qasr fil jannah.
✅Bersiwak antara sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Banyak kelebihan brsiwak. Diamalkan stiap kali memulakan suatu amal. Baca quran solat dan sebagainya.
✅Qodho' solat fardu. Setiap kali lepas solat fardhu, akan bangaun utk terus menunaikan solat qodho'. Kiranya 2 kali solat stiap kali solat fardhu. Bagi memenuhkn lopong2 solat2 kita yg bkmungkinan ada yg tak diterima ataupn tak sempurna n sbagainya. Dan setiap amalan fardhu dgandakan ganjaranny 70x pd bulan mulia ini. Ya Robb!
✅Menghadirkan hati dgn Allahu Robbul 'alamin dalam setiap amalan n pekerjaan. Cnth: Ambil wudu' dhadirkan hati serta stiap anggota ada niatnya. Diakhiri dgn doa setelah berwuduk. Serta surah al-qadr sebanyak 3 kali. Dan digalakkan agar tidak
bercakap selepas brwuduk dan terus solat sunat wuduk 2 rakaat. Dikatakan kisah ahli tasawuf yg mengibaratkan prbualan tntg duniawi yg melaghokan akan mmbatalkan wudu'. Makany diambil smula wuduk. Itu pandangan mereka yg mementingkan kekhusyukan dlm stiap amal.
✅ Mengambil berat tntg khidmat. Menyusun kasut, menyediakan juadah utk yg berbuka puasa membersihkan musolla dan sebagainy.
✅ Mementingkan adab serta menjaga hati (husnu zhon) dlm setiap perkara.
✅ Mementingkan, Memperbanyakkan serta memperbesarkan niat dlm setiap majlis ilmu.
✅ Sentiasa menganggap orang lain lebih baik daripada kita. Akan ada sesi bersalaman setiap lepas subuh dan asar. Pada akhir daurah Ramadhon, salah seorg pserta muallaf, mengatakan itu adalah sesi yg paling disukai, bila saling bersalaman, saling bermaafan. Dan dalam hati dia akan berkata, "you're better than me". Ya Robb!
✅ Menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam dalam segala hal. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
✅ Di sana .. Antara ayat yg diulang2 ktika bulan mulia ini
نشهد ألا إله إلا الله نستغفر الله نسألك الجنة ونعوذبك من النار. ...اللهم إنك عفو تحب العفو عنا. ..يا كريم...
✅ Selepas Ramadhan terus sambung puasa 6 pd 2 Syawal. Raya yg sebenar bagi mereka adalah setelah habis puasa 6. Ya Robb! Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Syukru LILLAH 'ala kullu hazihinni'am. Semoga memberi manfaat bersama. Istiqomahlah hatta sekecil perkara. Boleh jadi amal kecil itu tinggi darjatny di sisi Allah. Boleh jadi juga amal yg besar tu kurang darjatny di sisiNYA. ALLAHU'ALAM. Moga Ramadhan kali ni lebih baik drpd sebelumnya. In shaa Allah. Sama2 saling mendoakan.
رمضان كريم
"اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك."
Ini antara doa Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam nasihatkn utk baca setiap kali lepas solat. Antara usaha kita utk istiqomah dlm beribadat! Fastabiqul khoirat... moga kebahagiaan dunia akhirat milik kte smua. Moga Allah mengampuni dosa2 kte dan menerima amalan kte. In shaa Allah. Maaf atas silap dan salah. Shukran ala kulli hal.




"ustaz, Wahhabi tu apa? Mohon pencerahan..."
Ok, disebabkan saya malas dah nak jawab secara skema (sebab dah dijawab dalam post yang lepas secara skema dan saksama), kali ni saya nak jawab cara sketsa...
Al-kisah disebutkan bahawa Pak Mat mempunyai dua orang anak yang taat pada bapanya. Seorang nama Wahhab, seorang lagi nama Syafi'e.
Mereka berdua selalu berlumba-lumba untuk penuhi apa sahaja kemahuan ayah kesayangan mereka.
Pada suatu hari....
Pak Mat (PM): Uhuk! uhuk! (batuk), sape-sape tolong ambil air untuk ayah kejap... (kata beliau kepada dua orang anaknya).
Wahhab dan Syafi'e pun berlari-lari untuk mendapatkan air. Tetapi yang anehnya, Wahhab berlari ke tandas manakala Syafi'e berlari ke dapur.
Tak lama lepas tu, masing-masing menghadap ayah mereka. Di tangan Wahhab ada sebaldi air dari tandas dan di tangan Syafi'e ada secawan air tapisan mesin Korea dari dapur.
PM: Eh Wahhab, kenapa kau bawa air sebaldi ni??
Wahhab (W): Kan ayah cakap "bawakan air", jadi berdasarkan teks ungkapan ayah, air mesti dibawa kepada ayah. Saya bawalah air ni. Saya telah menunaikan tanggungjawab saya.
PM: Tapi ayah mintak air untuk minum la....bawak secawan sudah la... (muka sedih)...
W: Apa dalil dari teks arahan ayah yang menunjukkan ayah nak air untuk minum? Dalil mana, dalil? Ayah cakap nak air je, tak cakap pun nak minum ke, nak secawan ke? Kalau tak ada dalil, ianya jadi bidaah dan perlu ditolak."sesungguhnya setiap yang baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu akan ke neraka...."
PM: *kelepek!* (tampar dahi sendiri)..adoi la... wahhabi punya anak...!
W: Apa salah saya? Hanya kerana saya ingin kembali kepada teks asal ayah yang sahih, saya dituduh Wahhabi? (sedih sambil berselfie) *kechak!*
(pastu update status dalam fb: "sesungguhnya dakwah salafiyyah ini penuh rintangan, sungguh memedihkan apabila ayah sendiri merupakan ahli bidaah, ‪#‎pray4PakMat‬ ").
PM: Haa, kamu Syafi'e, tahu pulak ayah nak air secawan? Ayah tak cakap pun nak air secawan untuk minum?
Syafi'e: Oh.. itu mudah saja ayah. Sebelum saya memahami apa-apa arahan daripada ayah melalui "teks-teks/ayat-ayat perintah" yang keluar daripada mulut ayah, saya akan melihat seluruh keadaan dan dalil-dalil lain.
Saya lihat ayah terbatuk, batuk itu sering diqiyaskan dengan sakit tekak atau tekak berkahak, jadi secara dalil umum, dapat diketahui orang yang batuk minta air itu pasti untuk diminum.
Kemudian saya lihat pula keadaan ayah yang sedang bersandar di kerusi, tak mungkin ayah nak basuh kereta, maka fahamlah saya bahawa kehendak sebenar daripada "arahan ayah" tadi ialah bawakn air secawan untuk diminum.
Jadi selepas saya meneliti semua dalil yang ada, sababul wurudnya (sebab-sebab arahan tu dikeluarkan),kaedah nahunya dan semua sisi, lalu saya berijtihad dengan segala kemampuan yang ada tanpa hanya bergantung kepada makna zahir teks yang asal, maka keputusan akhir saya dalam memahami perintah ayah itu ialah ayah perlukan secawan air.
PM: Haaaaaa.... macam ni lah kehendak ayah yang sebenar.... memang terbaiklah...! ayah doakan kamu dikekalkan kefahaman agama seperti ini dan yang mengikutimu sehingga kiamat.

Alhamdulillah selesai sudah imtihan semester kedua sesi 2014/2015... Faiza ázamta fatawakkal álaa Allah... semoga menatijahkan kejayaan yang cemerkang..Allahumma Aamiin Ya Allah Ya Rabbal álaamiin




Bila nafsu mulai menguasai diri untuk berbuat perkara yang buruk atau haram sentuhlah dada dan sebut
"INNI AKHAFULLAH"
(Sesungguhnya aku takut Allah)
"Janganlah kita Menyeksa Malaikat Kiri melakukan kerja tanpa Henti sedangkan Malaikat Kanan menganggur tak ada Kerja" ~Ustaz Azhar Idrus~

Antara maksud utama jemaah masturat dibentuk adalah untuk mengembalikan semula kemuliaan seorang wanita ditempat yang sebenar dan selayaknya. Apabila wanita kembali kepada tempat kemuliaanya yang sebenar, kesannya hidayat akan tersebar dengan cepat dan agama akan berkembang dengan begitu pesat.
Kerana itulah, 'wanita hari ini' harus faham apakah maksud mereka dihantar ke muka bumi ini. Tugas seorang wanita bukanlah sebagai mesin mengeluarkan anak. Kerja sebenar seorang wanita bukan sekadar membasuh baju, memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Bukan ini maksud sebenar seorang wanita dihantar.Wanita juga dihantar sama seperti lelaki, dihantar ke bumi bumi atas maksud agama. Wanita juga perlu sedar bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi saw. Di bahu umat Nabi saw terletak satu tanggungjawab yang besar terhadap agama. Hari ini, umat ini (baik lelaki juga wanita) telah jauh tersasar dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai umat nabi saw.
Apabila seorang wanita mempunyai fikir dan risau atas agama, maka akan wujudlah rumah-rumah seperti sebuah madrasah, tempat mengeluarkan para alim-alimah, hafiz-hafizah dan dari rumah akan lahirnya pejuang-pejuang agama Allah. Apabila seorang wanita melibatkan diri dalam usaha agama, maka suasana rumah akan bertukar menjadi seperti suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar agama, adanya tilawatul Quran di dalam rumah, adanya dakwah iman yakin, adanya muzakarah adab dan sunnah, adanya juga perbicaraan mengenai kisah-kisah nabi dan para sahabat.
Untuk memastikan kaum wanita hari ini kembali kepada tempat dan kemuliaannya, ada ENAM PESANAN yang telah digariskan oleh masyaih (ulama2 dalam usaha ini) untuk para wanita.
PESANAN PERTAMA : Solat Di Awal Waktu
-wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid/surau di tempat azan diazankan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat dibereskan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya di tempat yang dikhaskan di dalam rumah.
-Sekiranya seorang wanita melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat.
-Disamping itu, seorang wanita/isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan diazankan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid/surau wanita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.
-Rasulullah saw bersabda 'jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid'.
Ganjaran solat di awal waktu :
1) jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari.
2) jika berwuduk ketika azan sedang diazankan maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.
3) jika berwuduk selepas azan diazankan maka di akhirat Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti bintang.
PESANAN KEDUA : Istiqamah membaca Al-Quran dan Berzikir
-sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur.
-Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
-Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
-usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Nabi saw tidak lupa membacanya setiap hari iaitu:
surah yasin (seperti khatam 10 kali Al Quran)
Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari siksa kubur)
Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya hingga jumaat akan datang)
PESANAN KETIGA : Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah Mampu Milik Johor-hidupkanlah majlis taklim (majlis bacaan kitab fadail amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurang
turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga.
PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Didikan Agama danPemakanan Sunnah-wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama yang lebih sempurna.
-dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah saw dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.
-Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan-minum mereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
-Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah nabi saw dalam setiap perbuatan harian mereka.
-ajar anak solat apabila telah berumur 7 tahun dan rotani mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
-ajar anak-anak membaca Al-Quran.
PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana
-hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu.
-Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanafaat sahaja.
-jika kita dapat mengamalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan harian, insyaAllah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup sederhana.
-jadikan kehidupan nabi dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan kita dari kesusahan dan kerisauan.
PESANAN KEENAM : Galakkan suami/mahram keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah)
-galakkan suami/mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami/mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amal dapat diwujudkan di dalam rumah.
-Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-orang lelaki dalam usaha ini maka akan wujudlah suasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman dan wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
-kelebihan seorang isteri yang redho suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami...
wallahu aklam.