Kami mengunjungi pusara bonda... 
sunyi pagi di sinari suria... 
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda. 

Tegak kami di makam sepi 
Lalang-lalang tinggi berdiri 
Dua nisan terkapar mati 
Hanya papan di makan bumi

Dalam kenangan kami melihat 
Mesra kasih bonda menatap 
Sedang lena di dalam rahap 
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu 
Pernah dulu mengucupi dahiku 
Kini ku rasa kasihnya lagi
Meski jauh di batasi bumi 

Nisan batu kami tegakkan 
Tiada laagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan 
Air mawar kami siramkan 

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makan sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian 
Insan kerdil menghadap Tuhan 

Begitu bakti kami berikan 
Tiada sama bonda melahirkan 
Kasih bonda tiada sempadan 
Kemuncak murni kemuliaan insan









Thanks for reading.leave your comment

2 comments:

Permata Walidain said...

Alafatihah buat bonda tersayang Allahyarhamah Hajah Hamsah Haji Abas.Allahummagh firlaha warhamha waáfiha wa'fuanha.Allahumma Aamiin Ya Allah Ya Rabbal A'laamiin
~ 10 JUN 1943 - 27 OGOS 2013 ~

Permata Walidain said...

اللهم اغفر لهما وارحمهما واجمع بينهما في جنتك جنات النعيم.. آمين يا أرحم الراحمين

Post a Comment

THANK FOR READING
LEAVE YOUR COMMENT